-
Hari Keluarga JSM
Aktiviti Hari Keluarga JSM, PPUKM akan diadakan pada bulan 16 – 17 September 2012. Bertempat di Lost World of Tambun, Ipoh Perak. Semoga sambutan hari keluarga ini dapat memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang harmoni sesama kita. TERKINI!!!
-
Sanggar Kerja JSM
Bengkel Sanggar Kerja JSM akan diadakan pada 4 – 6 Mei 2012 bertempat di Cameron Highland Pahang. Objektif sanggar kerja ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan bagi memastikan objektif jabatan untuk memberikan perkhidamatan yang berkualiti kepada pelanggan sentiasa di tahap yang membanggakan. TERKINI!!!
- Bowling-Day-Out, JSM PPUKM
AJK Kebajikan dan Keceriaan JSM telah menganjurkan perlawanan Bowling Antara Kumpulan (Merah vs Biru vs Hijau vs Kuning) sebagai aktiviti keluarga staf pada tahun ini. Tempat perlawanan akan diadakan di Plaza 63, Sungai Besi, Kuala Lumpur, bertarikh 31 Mac 2012 (Sabtu). Semua staf diharap memberi komitmen dan kerjasama bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan di kalangan staf. TERKINI!!!
-
JADUAL SENAMROBIK JABATAN SUMBER MANUSIA
Dimaklumkan bahawa Senamrobik dan Poco-poco anjuran Jabatan Sumber Manusia akan diadakan pada setiap dua kali sebulan. Terbuka kepada semua Warga PPUKM. Marilah bersenam untuk lebih sihat dan cergas. TERKINI!!!
| BIL | TARIKH | MASA | TEMPAT |
| 1 | 03 April 2012 | 5.15 - 6.15 ptg | Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan |
| 2 | 17 April 2012 | 5.15 - 6.15 ptg | Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan |
| 3 | 02 Mei 2012 | 5.15 - 6.15 ptg | Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan |
| 4 | 15 Mei 2012 | 5.15 - 6.15 ptg | Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan |
| 5 | 05 Jun 2012 | 5.15 - 6.15 ptg | Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan |
| 6 | 19 Jun 2012 | 5.15 - 6.15 ptg | Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan |
Tahniah !!!!!!
- Tahniah khusus untuk Seksyen Kerohanian, JSM serta semua peserta perarakan secara amnya yang mewakili PPUKM kerana mendapat johan pada pertandingan perarakan Maulidur Rasul tahun ini di UKM Bangi. TERKINI!!!
- Tahniah diucapkan kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia, Pn. Foziah Hanon Ahmad yang telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir Gred N52 bermula dari 14 November 2011. TERKINI!!
- Tahniah diucapkan kepada Encik Roslan Daud yang telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir Gred N48 mulai 14 November 2011. TERKINI!!
- Tahniah diucapkan kepada Pn. Zuraidah Konil yang telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir Gred N44 mulai 9 Disember 2011. TERKINI!!
- Tahniah juga di ucapkan kepada Pn. Normazila Ahmad Huzairi yang telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Februari 2012. Semoga berbahagia hingga keakhir hayat. TERKNI!!
- Selamat datang ke Jabatan Sumber Manusia diucapkan kepada Cik Nora Shaseela Abdullah, Pn. Shazleen Tajuddin dan Nurunaimah Awang.
- Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Ridzuan Othman diatas penerimaan Anugerah Pekerja Gemilang bagi tahun Julai - Disember 2011.
-
Setinggi - tinggi penghargaan dengan khidmat yang telah diberikan di Jabatan Sumber Manusia, PPUKM kepada En. Harun Bintang, Norpazilah Mat Zuki, Nor Aini Khalil dan Noraziana Ahmad Tarmizi. Semoga maju ditempat yang baru. Terima Kasih!!
- Untuk Makluman, perkhidmatan kaunseling dalam talian boleh dicapai melalui www.ukm.my/bicara. Ajukan apa jua masalah atau persoalan anda kepada kami. TERKINI!!!
-
Dukacita dimaklumkan Bapa kepada Encik Mohd Saiful Nizam, Pekerja Awam di Unit Pengurusan Pentadbiran Am PPUKM telah kembali ke rahmatullah pada 16 Mac (Jumaat) jam 5.50 petang dan telah selamat di kebumikan di Hulu Langat, Selangor.
Warga Jabatan Sumber Manusia, PPUKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al Fatihah.
- Untuk makluman, kaunter utama ke JSM sedang dibaikpulih. kaunter sementara telah di tempatkan di bilik mesyuarat JSM, harap maklum. TERKINI!!!
-
Untuk makluman , pengambilan surat jaminan (GL) denggan menggunakan HRMIS boleh diperolehi di Kaunter Bayaran Kecemasan dan Kaunter Hasil sahaja , harap maklum.
-
Buletin JSM Bil.2 Jun 2011 klik.
-
Kursus Pos Basik Perawatan Diabetik 16 Januari - 15 Julai 2012 klik untuk maklumat lanjut.
-
Dimaklumkan bahawa permohonan cuti rehat bagi tahun 2012 akan dibuka mulai 28 November 2011 (Isnin).
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Tel: 03-89215401(ewarga/bul/bil.21112011-73)




















